cursor

----------------------------- Perjalanan Cinta "Garam" ------------------------------

Daisypath Anniversary tickers
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKA? LIKE LAH :)

29 March 2012

Purse 100% Buatan Tangan

Assalamualaikum..

ada orang nak baca tak?haha..
semalam aku boring-boring tak tahu nak buat apa..aku pun menjahit..
nak jahit apa?tak ada idea..
pergi la bukak blog-blog creative..aku tengok cantik je dorang buat..
nak buat cantik-cantik tak pandai..

aku try je la buat purse..perhhhh..susah wooo..pulak aku g pakai kain lining..
hah! memang banyak kerja..haha..tak pe la..asalkan nampak cantik and aku puas oke lah tu kan..
lama la jugak aku jahit..dari pagi sampai ke malam..
yela kan..aku tak ada contoh..just tengok lam laptop je..
kena fikir gak macam mana nak buat..

and aku try and try akhirnya siap la jugak..huhu...
ni hasilnya..simple..tapi bagi aku cantik! aku puas..haha

      


hehe..ni lah hasilnya.. oke tak?
tadi aku buat lagi satu...perh...dah macam nak jait kasut je rase..
naik bengkak jari aku..
susah wooo nak buat...dah la remeh..ngee..tp aku puas! huhu..

oke..tu je nak cerita..papai..
smileee.. :]

28 March 2012

Terima Lagu Daripada Dia Buat Kali Pertama

Assalamualaikum..

hai readers..ni entry ke2 buat malam ni..opsss..pagi..
entry first before ni aku ada mention yang inchek hafiz aku nak dedikasikan lagu untuk aku?
aku dah terima da lagu yang dia bagi aku tu..
tau lagu apa?hehe..lagu ni..


haa..tau tak lagu apa ni?
tajuk lagu ni :Rindu Setengah Mati"

wahh..sedih woo masa aku dengar lagu ni..tahu kenapa?
sebab..
  •  kami kenal since kami semester 1..sekarang kami dah sem 6 dan dah nak praktikal..kiranya kami dah kenal dekat 3 tahun..
  • selama kami dekat U, belajar sama-sama, pergi library sama-sama, makan sama-sama, gurau sama-sama, kalau salah seorang main-main masa tengah study, nanti lagi sorang mesti marah..
  • bila time exam, pergi dewan exaam sama-sama..aku before masuk dewan mesti nak tengok dia dulu..nape?tah aku pun tak tau..haha..sebab dia antara orang yang bagi aku semangat bila nak exam..even kami saling berlawan masa exam..
  • pulak kalau dalam dewan kalau boleh nak jugak duduk sebelah, belakang atau depan dia..aishhh..pelik tol aku ni kan..
  • masa dekat U banyak sangat kenangan kami bersama. sebab dekat U la dia kenal aku walaupun kami kenal dalam Myspace..kan masing-masing tak tahu empunya tuan MS tu..
  • hurm...sedih bila dengar lagu tu banyak kali..tiap ungkap lagu tu sangat sedih..pulak dia yang bagi lagu tu kat aku..kalau sebelum ni aku yang selalu rindu dia tapi dia susah nak cakap dia rindu aku..tapi kali ni dia yang bagi lagu sedih macam ni..wuwuwuuuu...nangis ni..hehehe
kenapa aku sedih sangat? hurm..sebab..
  • aku dah abis exam lama..and aku balik rumah awal daripada dia..last paper dia 30hb ni..walaupun dia just ambil 3 paper je..gap exam dia sangat jauh..
  • mungkin dia rasa rindu sebab tak ada orang nak marah dia kot..huhu..
  • tak ada orang teman dia makan, nak pergi library tak ada teman..tak ada orang nak suruh dia study..
  • mungkin dia terasa sunyi kot tak dengar aku bebel..merengek..menggedik kat dia..hehe..sengal...
tah la..mungkin korang tak rasa kot..hehe..tapi cuba korang hayati lagu tu betul-betul..
belajar bersama-sama selama 3 tahun..tiba-tiba terpaksa berjauhan..
tu la..dulu bercinta jarak dekat..sekarang bila dah rasa 
bercinta jarak jauh baru tahu macam mana rasa nya kan?huhu..
lepas ni dah susah la nak jumpa sampai la mungkin jumpa dekat U masa nak bayar yuran or 
InsyaAllah time degree..

haishhh...bila fikir pasal degree, risau gak aku if aku tak dapat 1 tempat dengan dia..
terus terang lah aku cakap, aku macam bergantung dekat dia..
atau lebih tepat dia je kot yang boleh suruh-suruh aku 
belajar even dia tak belajar..sebab dia pandai..
aku agak terharu gak bila aku tanya dia nak ambil course apa masa degree..
dia cakap dia nak sama course dengan aku..nak sama dengan aku..
aku tanay kenapa? dia jawab sebab tak nak susahkan aku..

errr..tak nak susahkan aku?bukan aku ke yang susahkan dia?
nampak tak dia masih nak kalis alasan sebenar dia..tapi tak pe..aku paham sebenarnya..
hehe..takut RINDU la tu.huhu

pape pun aku happy dapat lagu ni..sebab sekurang-kurangnya dia tahu gak
nak romantik..haha..ada jugak cara dia nak bagitahu isi hati dia..
wahhh..first time ni nangis bila dengar lagu..huhu

kepada inchek hafiz,

sekiranya anda baca ini entry, saya minta maaf maaf sebab selama ni
saya banyak buat silap dan selalu cari gaduh dengan awk..
sy agak pelik sebab bila 21hb kita akan gaduh besaaaa...sampai lah awak marah sy
barulah saya ok..pelik kan?mungkin tarikh tu tarikh utk sy menangis myb?
erm..thanx sebab bagi lagu ni..
Rindu Setengah Mati
lagu ni pun sy tujukan kat awk jugak lah..hehe..sebab saya pun rasa benda yang sama.

Aku ingin engkau ada disini
Menemaniku saat sepi
Menemani saat gundah

Berat hidup ini tanpa dirimu
Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu

Aku rindu setengah matu kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati

Meski telah lama kita tak bertemu
Ku selalu memimpikan kamu
Ku tak bisa hidup tanpamu

Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati
Aku rindu...
Setengah Mati...

Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu....

Simpan kenangan kita bersama..and jangan lupa syg ok! hehe..
ingat..kalau kita jumpa syg nak tengok album yg syg bagi tu dah penuh dengan gambar
or whatever yg ada kena mengena dengan kita..
and...tak mau gemokkkk oke..hehe..maintain cam sekarang or kurus sikit pun ok.
hehe..oke..LOVE U! Saranghae!
haa...thanx sebab belikan syg jam ni..syg xbukak kecuali mandi je..hehe
 ingat tak masa b nak belikan jam ni b tanya nak jam or make up kan?
syg pilih jam..tahu sebab pe?
sebab,make up tu bukan selalu syg pakai..
jam..kenapa jam?sebab...jam kan berdetik..biar tiap detik jam ni syg ingat kt b..
kalau habis bateri sekali pun tetap boleh ganti bateri..kalau make up, habis kena beli baru.

thanx sebab bg syg happy sebab kita tengok badut buat magik kat dataran..hehe
kalau b nak tau..tu salah 1 yang syg nk buat dgn b..selain nak pergi..

  • main roller coaster bersama
  • main ice skating bersama
  • water park bersama
  • theme park bersama...
  • zoo bersama..
hehe..demand kan?bak kata b..pengaruh drama korea..haha..betul la tu.
tapi best pe kalau dapat g sama-sama..hehe..
tak pe la..masa lama lagi kan?harap-harap dapat g sume tempat ni..hehe
ice skating dah g..thanx sgt sbb masa main tu b tak dapat main sgt sebab syg tak pandai main.
tp siyes syg suka moment masa tu..hehe..cam menari bila nak jatuh.hehe

ini gambar masa kami main ice skating :)





and bawah ni aku buatkan keychan couple kami.. :)


okelah..panjang sangat dah ni..
kepada readers, sorry kalau muak baca entry ni..
just nak luahkan and tak tahan nak curahkan airmata ni..

kepada my honey, thanx again..jangan nangis pulak..
kalau nak nangis g masuk toilet..hehe..
LOVE U!

thanx kepada yang sudi baca..hehe..
sorry sangat-sangat atas bebelan kosong ni..selamat tiduran.. smileee.. :)
 

Akhirnya!

Assalamualaikum..

hai readers...haa..nak tau tak apa yang AKHIRNYA tu?hehe..
actually hari ni adalah hari pertama aku bawak motor keluar g bandar
setelah hampir 4 bulan aku dapat lesen FULL...

bukan dapat P tapi dah FULL u know!
hari ahad lepas aku berangan nak bawak motor g bandar dengan adik perempuan aku..
tapi ibu aku tak bagi..konon alasannya aku tak pernah bawak moto keluar
and tak ada dia. wah..padahal memang tak bagi aku bawak tu..

lesen kete da ada pun aku tak drive lagi woo..
tapi masa aku dah abis paper masa kat segamat hari tu, 
aku ada gak drive kete inchek hafiz aku tu..
mula-mula takut gak..takut pe?takut enjin mati..haha!
mula-mula inchek hafiz aku tak bagi aku drive sebab dia takut...
and dia tak percayakan aku..tapi satu hari tu dia bagi kunci kereta dia.
dia suruh aku panaskan enjin..aku pun panaskan lah..
bila dia datang kat kereta, dia terus duduk kat sebelah driver
sebab aku duduk kat seat driver tu..

aku ingatkan dia main-main..coz aku pun main-main cakap nak drive.
tapi dia kata, try la bawak..aku pun drive la..haa,alhamdulillah ok..haha..
tapi biasalah setelah 2tahun tak drive kan..mesti lah ada cacat cela nya..
and pernah sehari tu kami nak keluar makan..aku tunggu depan rumah dia,
and dia bagi kunci kereta suruh panaskan enjin,aku buat jela
apa yang dia suruh tu..and sekali lagi aku cakap aku nak drive.

aku ingatkan kami nak makan tempat dekat je..
means tak keluar dari taman tu..tapi kedai tu tutup..
aku nak berhenti kat kawasan "tokong" tu, tapi dia cakap try lah bawak keluar..
wargghhh!!! dah la malam..aku ni rabun silau bukan main kuat plak an..
paling aku takut kat bukit la..ngee..
sebab masa JPJ kereta aku mengaummmmmm...hahaha

sama la jugak situasi kat traffic light yang berbukit tak berapa nak tinggi tu.
dia pesan.."haamape langkah2 masa kat bukit?"
ngee..aku tak suka bukit...aku buat la jugak...bila lampu dah hijau 
haa start da berderau darah aku..tetiba jadi gelabah gila..
sebab nervous tak masal tu la akhirnya bunyi 
BROOOOOVVVVMMMMM...
hahaha...aku dah la takut..nasib baik kereta kat belakang aku tu tak dekat.
and kereta aku tu pun tak undur..haha..
tapi selamat la jugak aku drive kereta tu sampai ke destinasi kami..HEHE

cerita hari ni pulak, aku lepas bawak motor! 
sebab hari ni aku kena pergi tasek kluang ambil voucher RM500..
masa keluar rumah, ibu aku tanya
"na,nak bawak tak?"
aku cakap "tak nak lah" tapi ibu aku tak beranjak
dari tempat duduk pembonceng tu..haa..aku pun bawak jela..
ngee...mula-mula okey..tapi bila sampai bukit..
ayoooooo!!! boleh mati lah enjin moto..
haha..salah aku sebab tak turunkan gear..haha
padan muka malu..ngee..

tapi oke la.tak ada kena hon..terima kasih orang kluang..
hehehe..kalau tak, mau gelabah aku..
akhirnya aku sampai gak kat dataran tasek kluang..
and beratur la ambil no..
bila da dapat duit, balik lah apa lagi kan..

masa balik semua berjalan dengan lancar.
dan tetiba hujan pulak turun...perhhh sakit woo kena hujan..
pedih je rasa badan aku ni..padahal baju dah berlapis da..
ibu suruh aku berhenti sekejap berteduh..
lepas berteduh sekejap, hujan berhenti..
aku teruskan la perjalanan pulang...and hujan lagi lebat kat satu kawasan ni..
nak berhenti pun bukan ada tempat berteduh..
so ibu aku cakap bawak jelah..

wahhhh...buat pertama kalinya aku bawak cecah 90KM/J..
HAHAHA...aku rasa laju kot bagi first timer macam aku..ngee...
aku asyik tengok meter motor tu je..rasa macam nak cecah kan 100 je..haha
tapi tak bole..bahaya..hehe..kang korang fikir aku minah rempit lak..hehe

aku harap lepas ni aku dilepaskan bawak motor g bandar lagi.hehe
sebab nanti aku praktikal tak kan aku nak naik bus..wuuu
ada lesen tapi naik bus..
kalau aku dapat keje pun tak kan nak naik bus...
alaaa...tak best..ngee..kalau bawak kereta best jugak..
hahaha..tapi aku tak pandai bawak kereta lain selain kereta kancil inchek hafiz aku..
hohoho..terima kasih inchek hafiz sebab benarkan saya bawak kereta awk.
even awak mara sampai saya menangis..hehe..
thanks kat ibu jugak sebab percayakan ana bawak motor tadi..hehehe
BEST!!!

oke..sampai sini saja..lain kain cerita lagi..senyum selalu.. :)

::p/s : inchek hafiz cakap dia nak dedikasikan lagu untuk aku..lagu apa?aku pun tak tahu..tengah tunggu line tenet dia laju baru dia bagi..hehe... SARANGHAE!
BERSEDEKAH ITU AMALAN MULIA =)
JURI TOP